Artis Malaysia
Izwan Pilus Meninggal Dunia .. Al-Fatihah
Sebab Kematian Izwan Pilus. Penyanyi Izwan Pilus telah pun
meninggal dunia pada jam 6.15 petang tadi di Hospital Ampang
dipercayai akibat jangkitan kuman dalam darah. Kematian Izwan Pilus ini sebenarnya agak mengejutkan. Tetapi yang
hidup pasti akan mati. Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.
Takziah kepada keluarga Izwan Pilus. Jenazah Allahyarham Izwan Pilus dijangka
di bawa pulang ke kampungnya di Jalan Taman Nyalas 2, Taman Nyalas
Permai, Jasin, Melaka untuk dikebumikan. Al fatihah.
gambar terakhir :
Izwan Pilus
NAMA: Khairil Izwan Pilus
PANGGILAN: Izwan atau Kutek
TARIKH LAHIR: 24 November
1979
TEMPAT LAHIR: Hospital
Universiti, Kuala Lumpur
BINTANG: Sagitarius
TINGGI: 174 sm
ADIK-BERADIK: Anak kedua
daripada empat beradik
HOBI: Membaca dan aktiviti
lasak
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana
Muda Pengurusan Pelancongan dari Universiti Utara Malaysia (UUM)
MUZIK: Pop, R&B, Irama
Malaysia, balada dan alternatif rock
PENCAPAIAN: Finalis Bintang
RTM (2004), Finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006 dan Finalis
Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-14.